HTC RE – Kamera Aksi 16-Megapixel Dengan Sokongan Penyuntingan Pantas Pada Peranti Mudah-Alih
HTC

HTC RE – Kamera Aksi 16-Megapixel Dengan Sokongan Penyuntingan Pantas Pada Peranti Mudah-Alih

Diterbitkan pada Okt 9, 2014 oleh .

HTC hari ini turut sama telah memperkenalkan salah satu produk baru dibawah syarikat mereka, iaitu HTC Re. HTC Re merupakan salah satu kamera aksi daripada HTC, yang mana bakal menawarkan saingan kepada GoPro.

HTC Re hadir dengan sensor 16-megapixel untuk rakaman gambar dan video. Pihak HTC mengatakan ia membawakan rekaan yang memudahkan ia untuk digenggam pada tangan, ataupun memakainya pada pelbagai tempat tanpa menganggu anda – berbeza dengan beberapa kamera aksi lain.

HTC Re

HTC Re

Kamera aksi ini turut dilengkapi dengan sokongan kalis air IP57, selain turut menyertakan lensa rakaman luas untuk merakamkan gambar dan video seperti mana yang anda lihat menggunakan mata anda.

Melengkapkan HTC Re adalah aplikasi khusus untuk Android dan juga iPhone, dimana menggunakannya pengguna boleh membuat penyuntingan pantas video, dan berkongsi ia kepada rakan lain ke laman sosial. Pihak HTC turut mengatakan ia turut boleh digunakan sebagai viewfinder, lebih kurang seperti menggunakan lensa-kamera daripada Sony.

Bercakap mengenai perisian juga, pihak HTC mengatakan akan menawarkan fungsi sokongan siaran langsung ke YouTube dengan mudah menggunakan HTC RE melalui kemaskini perisian yang akan hadir dalam sebulan dua ini. Ini juga sekaligus akan memudahkan pengguna membuat siaran langsung daripada pelbagai acara, serta pada masa yang sama menguntungkan pihak YouTube.

HTC RE

Peranti ini turut sama dilengkapi dengan ruangan pengecasan berasaskan mikro-USB, dan bateri dijangka tahan sehingga lebih kurang 1200 rakaman gambar, atau 100 minit video.

HTC mengatakan ia akan ditawarkan secara global. Untuk pasaran Amerika Syarikat, HTC RE berharga $199.99 (~RM650).


TIPS & ULASAN