Google+ merupakan satu-satunya laman sosial yang dimiliki oleh Google, setelah Orkut menamatkan perkhidmatan pada penghujung bulan lepas. Perkara ini sekaligus membolehkan pihak Google memfokuskan terhadapnya, dan membawa beberapa fungsi baru untuk pengguna.
Terkini, mereka menambah fungsi untuk pengguna membuat pengundian ataupun tinjauan pendapat dengan mudah menggunakan Google+. Apa pun, berbeza dengan beberapa laman lain, paparan yang dibawakan oleh Google+ dilihat lebih kemas dan menarik, selain membolehkan pengguna menambah imej dan sebagainya pada jawapan pengundian yang ditawarkan.
Seperti beberapa fungsi Google yang lain, sokongan ini akan diperkenalkan secara berperingkat dalam beberapa hari lagi untuk pengguna web dan Android, selain untuk iOS ia akan menyusul tidak lama lagi.