Google hari ini mengumumkan kemaskini untuk fungsi Hangouts – aplikasi perbualan mereka untuk desktop, dimana bersama-sama kemaskini ini ia menyertakan sokongan paparan perbualan seumpama penawaran ChatHead oleh Facebook pada peranti mudah-alih.
Perkara ini sekaligus membolehkan pengguna menguruskan perbualan mereka di desktop dengan lebih efektif tanpa membuat gangguan kepada tugasan lain di desktop. Aplikasi ini juga akan sync secara automatik kepada perbualan anda di peranti lain seperti pada peranti mudah-alih dan sebagainya.
Disamping itu, pengguna turut sama boleh membuat panggilan suara terus melalui desktop – salah satu fungsi yang telah diperkenalkan oleh Google baru-baru ini untuk peranti mudah-alih.
Bagi anda yang menggunakan Chrome, anda boleh memuat-turun pemalam khusus yang ditawarkan Google, dan menggunakan pengalaman baru yang dibawakan oleh Google ini.
- Muat-Turun Google Hangouts untuk Chrome