Sony Membuka Pra-Tempahan Untuk Lensa-Kamera QX1 Dengan Sokongan Lensa Boleh-Ubah Pada Harga RM1399

Sony Membuka Pra-Tempahan Untuk Lensa-Kamera QX1 Dengan Sokongan Lensa Boleh-Ubah Pada Harga RM1399

Diterbitkan pada Okt 10, 2014 oleh .

Sony hari ini telah mula mengambil pra-tempahan untuk lensa-kamera mereka yang terbaru, dimana lensa-kamera terbaru dengan sokongan E-Mount ini akan dijual pada harga bermula RM1399, selain ia turut hadir dengan penawaran penamabahan lensa SELP1650 pada harga RM1699.

Sony QX1

Lensa-kamera ini merupakan kemaskini kepada keluarga Cybershot QX yang telah diperkenalkan pada tahun lepas, tetapi melalui kemaskini baru ini ia menyertakan sokongan untuk pengguna mengubah dan menambah lensa tambahan dengan mudah padanya.

Perkara ini sekaligus membolehkan pengguna membawa kreativiti mereka setahap ke hadapan, disamping pada masa yang sama menguruskan tugasan fotografi menggunakan peranti mudah-alih mereka.

Lensa-Kamera baru ini turut menyokong pelbagai lensa E-Mount daripada Sony yang sedia ada di pasaran, disamping turut menyertakan kebolehan untuk merakamkan gambar dalam format RAW.

Bagi anda yang berminat, boleh membuat pra-tempahan untuk lensa-kamera QX1 ini pada harga RM1399, ataupun versi yang hadir dengan lensa tambahan SELP1650 pada harga RM1699. Fasa pra-tempahan akan bermula daripada hari ini sehingga 20 Oktober, dan pengguna akan menerimanya selepas tarikh tersebut.

Sony QX1

Layari : Halaman Pra-Tempahan Lensa-Kamera Sony


TIPS & ULASAN