Samsung Galaxy Note 4 Dengan Rekaan Bingkai Logam Turut Dilihat Boleh Dibengkokkan

Samsung Galaxy Note 4 Dengan Rekaan Bingkai Logam Turut Dilihat Boleh Dibengkokkan

Diterbitkan pada Okt 10, 2014 oleh .

Beberapa minggu lepas, isu berkaitan telefon pintar Apple terbaru, iaitu iPhone 6 Plus yang mudah bengkok telah hangat diperkatakan. Dan kini seperti sebelumnya, pihak UnboxTherapy turut hadir dengan sebuah video baru memperlihatkan ketahanan untuk Galaxy Note 4 dibawah ujian #bendgate.

Daripada ujian yang dilakukan, ia dilihat boleh dibengkokkan berbanding dengan Galaxy Note 3 yang dilihat tahan kepada tekanan yang sangat tinggi. Apa pun, ia dikatakan yang mana Galaxy Note 4 tidak membawakan kesan yang ekstrim seperti iPhone 6 Plus yang dilihat rosak, selain ia boleh dikembalikan kepada bentuk yang asal.

Jadi, apa kata anda mengenai ujian tekanan untuk “bengkok” yang dilakukan ini?


TIPS & ULASAN