Carian
Lenovo Memperkenalkan Yoga 3 Pro – Menggunakan Sokongan Pengecasan Berasaskan USB
October 10, 2014 Aman

Lenovo hari ini telah memperkenalkan beberapa produk baru mereka, dimana ia dimulakan dengan pengenalan sebuah komputer riba baru daripada mereka berasaskan Windows, dinamakan sebagai Yoga 3 Pro.

Lenovo Yoga 3 Pro

Lenovo Ideapad Yoga 3 Pro ini menyertai arena komputer hibrid yang boleh diubah kepada beberapa bentuk berbeza mengikut aktiviti yang dilakukan anda. Komputer riba ini hadir dengan skrin bersaiz 13-inci dengan paparan 3200×1800 pixel Gorilla Glass, selain turut dijana menggunakan cip pemprosesan terbaru daripada Intel, iaitu Intel Core M.

Komputer riba ini turut menyertakan beberapa perkara, terutamanya dari segi rekabentuk yang kini lebih nipis dan masih menawarkan masa penggunaa bateri sehingga 9 jam lamanya.

Melengkapkan komputer riba ini juga adalah memori sebanyak 8GB RAM, ruangan storan berasaskan SSD sehingga 256GB, sokongan audio melalui JBL WavesAudio, dan ruangan USB 3.0, mikro-HDMI serta slot kad-SD.

Menariknya mengenai komputer riba ini juga adalah port pengecasannya. Berbeza dengan beberapa komputer riba di pasaran, Yoga 3 Pro ini menggunakan port pengecasan berasaskan USB 2.0 – sekaligus menjadikan ia antara yang terawal menggunakannya pada komputer riba.

Secara keseluruhan, daripada apa yang dipersembahkan oleh pihak Lenovo, komputer riba ini kelihatan agak menarik. Namun, dari segi harga ia agak mahal, dimana ia berharga $1349 (~RM4376) di Amerika Syarikat. Buat masa ini harga jualan rasmi tempatan masih tidak diketahui lagi.

Komen