Lenovo Yoga Tablet 2 Pro Hadir Dengan Projektor Dan Subwoofer Terbina

Lenovo Yoga Tablet 2 Pro Hadir Dengan Projektor Dan Subwoofer Terbina

Diterbitkan pada Okt 10, 2014 oleh .

Selain daripada komputer riba, pihak Lenovo turut memperkenalkan beberapa tablet terbaru daripada mereka, dimana salah satunya adalah Lenovo Yoga Tablet 2 Pro – memfokuskan kepada sokongan multimedia padanya.

Lenovo Yoga Tablet 2 Pro

Lenovo Yoga 2 Pro ini hadir dengan skrin bersaiz 13-inci, dengan resolusi 2560×1400 pixel. Tablet ini turut dijana menggunakan Android, dilengkapi cip Intel Atom Z3745, memori sebanyak 2GB RAM dan bateri berkapasiti 9600mAh. Tablet ini turut hadir dengan sokongan LTE, selain kamera belakang 8-megapixel untuk rakaman gambar.

Memandangkan pihak Lenovo memfokuskan kepada sokongan multimedia pada tablet ini, maka ia turut dilengkapi dengan sokongan subwoofer terbina untuk penawaran audio menarik, selain turut menawarkan projektor terbina untuk membolehkan anda membuat tayangan video atau gambar terus ke skrin besar menggunakannya.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Lenovo Malaysia akan membawa masuk tablet ini ke pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN