Amp Case : Cangkerang Pembesar Suara Stereo Untuk iPhone

Amp Case : Cangkerang Pembesar Suara Stereo Untuk iPhone

Diterbitkan pada Okt 10, 2014 oleh .

Pembesar suara stereo di bahagian hadapan semakin popular di kalangan peranti Android terkini. Pembesar suara Boomsound HTC One M7 membuktikan pembesar suara pada bahagian hadapan bukan sahaja mampu dilakukan tetapi ianya menghasilkan bunyi yang lebih baik dari pembesar suara di bahagian hadapan. Tetapi banyak pengeluar masih degil dan mengekalkan rekaan kuno pembesar suara yang tidak diletakkan di bahagian hadapan. AMP ialah cangkerang untuk iPhone 5S dengan pembesar suara stereo hadapan terbina. Menurut AMP bunyi yang dihasilkan melalui cangkerang ini akan kedengaran lebih baik  dengan kewujudan cip audio yang menyaring bunyi dan pratetapan khas. Idea yang menarik bagi mereka yang mahukan audio yang lebih baik untuk iPhone mereka. Tetapi kami merasakan pada iPhone 7 sistem audio stereo pada bahagian hadapan adalah antara fungsi yang harus wujud. Cangkerang AMP boleh dipesan pada harga RM 309 sebuah.

AMP

Sumber Ampaudio


TIPS & ULASAN