YotaPhone – Telefon Dengan Dwi-Skrin Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

YotaPhone – Telefon Dengan Dwi-Skrin Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Diterbitkan pada Okt 10, 2014 oleh .

Hari ini, YotaPhone secara rasminya memperluaskan penawaran telefon mereka ke Asia, dan Malaysia menjadi destinasi pertama untuk mereka melancarkan produk mereka. Di Malaysia, YotaPhone akan ditawarkan dalam pilihan warna hitam dan putih pada harga RM1699.

YotaPhone

YotaPhone merupakan telefon pintar pertama didunia yang hadir dengan sokongan dwi-skrin, iaitu pada bahagian hadapan dan juga belakang. Pada bahagian hadapan, ia menggunakan skrin berwarna, sementara pada bahagian belakang pula ia dilengkapi dengan skrin hitam putih.

Pengguna tidak boleh memadamkan skrin pada bahagian belakang dan ia akan terus memaparkan informasi yang diminati pengguna padanya. Sebagai contoh, pengguna boleh menetapkan ia memaparkan gambar latar, atau memilih untuk memaparkan informasi seperti kemaskini media sosial, saham, cuaca, berita, dan sebagainya pada skrin hitam-putih tersebut.

YotaPhone

Dari segi spesifikasi, ia dijana menggunakan cip Snapdragon 400 1.7GHz, skrin bersaiz 4.3-inci, sokongan rangkaian LTE, memori sebanyak 2GB RAM, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 1-megapixel, dan bateri berkapasiti 1800mAh.

Untuk sistem operasi, ia menggunakan Android 4.2.2 Jelly Bean, serta dilengkapi dengan aplikasi khusus yang membolehkan para pengguna mengawal paparan pada skrin belakang peranti berkenaan.

Bagi pengguna yang berminat mendapatkannya, boleh membuat pembelian untuk telefon pintar dwi-skrin ini melalui laman rasmi Global Line (pengedar Yota di Malaysia).


TIPS & ULASAN