Skype Membawakan Kemaskini Antaramuka Untuk Pengguna Mac Dan Windows

Skype Membawakan Kemaskini Antaramuka Untuk Pengguna Mac Dan Windows

Diterbitkan pada Okt 10, 2014 oleh .

Skype hari ini secara rasminya telah memperkenalkan kemaskini kepada perisian desktop mereka, dimana melalui kemaskini ini ia membawakan beberapa elemen daripada aplikasi mudah-alih, selain memfokuskan kepada sokongan perbualan dan perkongsian menggunakannya.

Skype 7.0 Mac

Skype membawakan kemaskini ini dalam bentuk versi 7.0 untuk pengguna Mac, sementara untuk pengguna Windows, Skype hanya ditawarkan dalam bentuk Preview sahaja.

Melalui kemaskini ini, ia membawakan perubahan pada rekaan elemen – dimana ia kini membawakan avatar pengguna dalam bentuk bulat, selain turut menawarkan kemudahan untuk membuat panggilan video dan chat pada masa sama dalam bentuk yang lebih baik berbanding sebelumnya.

Fungsi panggilan video berkumpulan juga turut ditawarkan secara percuma kepada para pengguna klien desktop ini.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mencubanya sendiri hari ini pada desktop anda.

Muat-Turun Skype untuk Mac

Muat-Turun Skype Preview untuk Windows


TIPS & ULASAN