Acer Aspire V Nitro Black Edition Dilancarkan – Core i7, GTX860M, 12GB RAM Pada Harga RM3399

Acer Aspire V Nitro Black Edition Dilancarkan – Core i7, GTX860M, 12GB RAM Pada Harga RM3399

Diterbitkan pada Okt 10, 2014 oleh .

Acer Malaysia hari ini secara rasminya telah memperkenalkan komputer riba terbaru mereka – Aspire V Nitro, memfokuskan kepada mereka yang meminati permainan video, dan juga menikmati multi-media melalui komputer riba.

Aspire V Nitro

Memandangkan ia memfokuskan kepada sokongan gaming, maka komputer riba ini turut hadir dengan spesifikasi yang agak tinggi jikalau dibandingkan dengan beberapa komputer riba lain.

Aspire V Nitro ini dilengkapi dengan skrin bersaiz 15.6-inci dengan paparan HD penuh (1920×1080 pixel), cip pemprosesan Intel Core i7 (2.5Ghz dengan sokongan Turbo Boost sehingga 3.5Ghz), memori sebanyak 12GB RAM, ruangan storan 1TB + 8GB SSHD, dan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 860M (2GB). Komputer riba ini menggunakan Windows 8.1 (64-bit), maka anda mungkin tidak akan mempunyai sebarang masalah dalam memainkan pelbagai permainan video di pasaran hari ini.

Acer turut melengkapkan komputer riba ini dengan beberapa sokongan lain, termasuk sokongan audio Dolby Digital Plus Home Theater, tiga port USB 3.0, port HDMI, pembaca kad SD, dan juga touchpad dengan sokongan gesture. Pihak Acer turut menyertakan beberapa perkara tambahan, termasuk dwi-antenna untuk kelajuan data yang pantas, serta dilengkapi sokongan Acer Dust Defender.

Di Malaysia, komputer riba Aspire V Nitro (VN7-591G) ini akan dijual pada harga RM3,399 – dan pengguna juga turut boleh membuat pilihan untuk menaik taraf memori mereka kepada 16GB RAM (8GB + 8GB) pada kos tambahan.


TIPS & ULASAN