Carian
MOL Global Melangkah Setapak Kehadapan – Kini Disenaraikan Pada NASDAQ
October 11, 2014 Aman

MOL Global merupakan salah satu syarikat tempatan yang mana menawarkan sokongan pembayaran atas-talian yang diintegrasikan dengan pelbagai bank tempatan, selain pada masa yang sama turut menawarkan kredit untuk permainan serta memiliki Friendster.

Terkini, dengan pelbagai syarikat internet dan teknologi yang menyenaraikan syarikat pada penawaran saham, pihak MOL turut menjadi syarikat Malaysia pertama yang disenaraikan di NASDAQ dalam tempoh 10 tahun yang lepas, sekaligus membawa syarikat tersebut ke fasa yang baru.

Pihak MOL Global sedia memperluaskan penawaran syarikat mereka dengan mengambil-alih beberapa syarikat lain sebelum ini, dan mempunyai penawaran di kebanyakkan negara sekitar Asia Pasifik ini.

Dengan penawaran saham ini, pihak MOL Global dijangka akan meneruskan untuk memperkembangkan syarikat mereka, dimana akan turut memberikan tumpuan di Amerika Syarikat dan Brazil.

Pada hari pertama penawaran, MOL Global menutup penawaran pada harga US$8.14.

Komen