Carian
Meizu MX4 Bakal Memasuki Pasaran Malaysia Pada Penghujung Bulan Oktober Ini
October 11, 2014 Aman

Meizu merupakan satu lagi syarikat pengeluar peranti dari China yang hadir dengan beberapa telefon pintar menarik, dan kini ia diketahui yang mana pihak Meizu bakal melancarkan telefon pintar mereka di Malaysia pada penghujung bulan Oktober ini.

Meizu MX4

Meizu MX4 telah diperkenalkan secara rasmi pada awal September yang lepas, dimana ia hadir dengan skrin 5.36-inci dengan paparan HD penuh, menggunakan cip lapan-teras MediaTek MTK6595, memori sebanyak 2GB RAM, kamera 20.7-megapixel daripada Sony dengan sokongan rakaman 4K, kamera hadapan 2-megapixel, serta dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3100mAh. Meizu MX4 juga hadir dengan sokongan rangkaian 4G, dan dilaporkan selari dengan pasaran Malaysia.

Meizu MX4

Untuk sistem operasi dan perisian, ia dilengkapi dengan Android dan antaramuka khusus Flyme 4.0.

Telefon pintar ini dikatakan akan dijual pada harga RM1048 di Malaysia, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.

Dengan kemasukkan Meizu ke pasaran tempatan, berbanding dengan pengenalan peranti Android ini, semestinya salah satu telefon pintar yang dinantikan kami adalah telefon berasaskan Ubuntu Touch yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

Komen