Cari @ Amanz

PaleMoon merupakan salah satu pelayar web yang dibangunkan berasaskan kepada kod sumber Firefox, dan dioptimasikan untuk sistem 64-bit. Terkini, versi baru untuk pelayar web tersebut telah dilancarkan, iaitu PaleMoon 25.

PaleMoon 25

Salah satu perubahan baru pada pelayar web ini adalah dimana kini PaleMoon tidak lagi menggunakan UserAgent untuk Firefox, sebaliknya kini ia menggunakan GUID tersendiri. Perkara ini dikatakan akan memberikan sedikit kesan kepada beberapa laman yang dilayari, dan seperti biasa pihak pembangun PaleMoon menawarkan kebolehan untuk pengguna override perkara ini.

Disamping itu, pihak PaleMoon turut telah menamatkan sokongan Windows XP, dan hanya ditawarkan untuk Windows versi Vista dan ke atas sahaja.

Bagi pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun pelayar web atau menaik-taraf pelayar web PaleMoon sedia ada kepada versi 25 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd