Sony Xperia E3 Dengan Sokongan 4G Berharga RM659 Di Malaysia

Sony Xperia E3 Dengan Sokongan 4G Berharga RM659 Di Malaysia

Diterbitkan pada Okt 11, 2014 oleh .

Sony hari ini dilihat telah mengemaskini halaman jualan untuk Xperia E3, dimana telefon pintar yang telah diperkenalkan ketika IFA 2014 yang lepas telah disenaraikan, sekaligus memperlihatkan ia akan dijual di Malaysia pada harga saranan sebanyak RM659.

Xperia E3

Xperia E3 merupakan telefon pintar dengan spesifikasi pertengahan, dilengkapi dengan cip pemprosesan Snapdragon 400, skrin bersaiz 4.6-inci, kamera belakang 5-megapixel, dan turut dilengkapi beberapa fungsi popular Sony seperti Stamina Mode dan juga beberapa sokongan rakaman khusus.

Buat masa ini, ia masih belum disenaraikan pada Sony Store lagi. Namun, memandangkan Sony telah memperlihatkan harga jualannya di laman rasmi mereka, mungkin kita akan dapat melihat peranti ini dijual tidak lama lagi.

Jadi, pada harga RM659, apa kata anda? Adakah ia sesuatu yang berbaloi untuk dimiliki?


TIPS & ULASAN