Cari @ Amanz

Gambar Oppo N3 sedia tertiris beberapa kali sebelum ini, dan kini beberapa gambaran baru hadir memperlihatkan rekabentuknya dengan lebih jelas, selain dikatakan akan ditawarkan dalam beberapa warna baru.

Oppo N3

Bagi yang tidak mengenali Oppo N3, ia merupakan kemaskini kepada peranti Oppo N1 yang telah diperkenalkan pada tahun lepas – dimana ia hadir dengan rekabentuk kamera yang boleh berputar untuk digunakan bagi rakaman belakang mahupun hadapan (selfie).

Oppo N3 ini dikatakan bakal menyertakan skrin bersaiz 5.9-inci dengan resolusi 1920×1080 pixel, cip pemprosesan Snapdragon 805, memori sebanyak 3GB RAM, dan kamera boleh putar 13-megapixel.

Oppo N3

Oppo N3

Pihak Oppo dijangka akan turut menyertakan beberapa ciri-ciri daripada Find 7, dimana salah satunya adalah sokongan VOOC yang membolehkan pengguna mengecas peranti dengan pantas berbanding kebiasaan.

Oppo N3 bakal dilancarkan secara rasminya pada 29 Oktober ini di Singapura, dan seperti biasa kami akan membawakan kemaskini langsung daripada acara pelancarannnya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd