Carian
Baidu Sedang Membangunkan Platform Operasi Untuk Basikal Pintar
October 11, 2014 Aman

BaiduBaidu merupakan salah satu syarikat internet memfokuskan enjin carian yang popular di China. Mereka sebelum ini hadir dengan chop-stick pintar, dan kini dilaporkan sedang membangunkan sebuah platform untuk basikal pintar.

Buat masa ini, ia dikenali dengan nama kod “DuBike”, dimana Baidu dikatakan bakal menawarkan platform tersebut kepada para pengeluar basikal dalam menggunakannya untuk hadir dengan basikal pintar.

Ia dikatakan yang mana meallui basikal pintar ini, pengguna boleh melihat statistik semasa ketika menunggang basikal, seperti kalori yang dibakar. Disamping itu, basikal pintar tersebut turut boleh digunakan untuk mencatatkan arah perjalanan ataupun membuat perancangan untuk bersenam berdasarkan seseorang penunggang.

Info lanjut mengenainya masih samar-samar, tetapi DuBike dikatakan telah pun memulakan ujian untuk prototaip mereka di jalan raya.

Baidu dikatakan merancang untuk memperkenalkan basikal pintar mereka kepada umum pada penghujung tahun ini.

Komen