Carl Zeiss Hadir Dengan Peranti Realiti-Maya Tersendiri – Dinamakan “VR One”

Carl Zeiss Hadir Dengan Peranti Realiti-Maya Tersendiri – Dinamakan “VR One”

Diterbitkan pada Okt 12, 2014 oleh .

Bercakap mengenai nama Carl Zeiss, semestinya ramai yang akan mengenali mereka kerana lensa optik kamera. Terkini, seperti beberapa syarikat, mereka turut menyertai arena realiti-maya (virtual-reality) dan hadir dengan peranti pertama mereka dinamakan sebagai VR One.

VR One membawakan fungsi lebih kurang menyerupai Gear VR yang telah diperkenalkan oleh Samsung sebelum ini. Ia merupakan peranti yang boleh dipakai pada kepala untuk menikmati beberapa kandungan seperti video, permainan dan sebagainya.

Zeiss VR One

Zeiss VR One

Seperti Gear VR, VR One daripada Carl Zeiss ini turut menggunakan skrin daripada telefon pintar pengguna. Namun, berbeza dengan Gear VR, pihak Carl Zeiss membuka sokongan untuk pelbagai telefon pintar, asalkan ia bersaiz sekitar 4.7-inci ke 5.2-inci, dan menjalankan sistem operasi Android atau iOS.

Pihak Carl Zeiss melengkapkan ia dengan sebuah sokongan tray yang khusus untuk saiz telefon dalam membolehkan sokongan pelbagai jenis saiz telefon ini dijayakan.

Zeiss VR One

Carl Zeiss akan mula menjualnya bermula daripada bulan Disember ini pada harga $99 (~RM322), namun aplikasi yang disokong untuknya masih terhad, dan mungkin dengan berbaki beberapa bulan lagi, ia berkemungkinan menarik minat pembangun untuk hadir dengan aplikasi khusus untuknya.


TIPS & ULASAN