Braven BRV-Bank : Power Bank Pintar Kalis Air

Braven BRV-Bank : Power Bank Pintar Kalis Air

Diterbitkan pada Okt 13, 2014 oleh .

Selain peranti boleh-pakai kami merasakan barangan pintar ialah kegilaan yang sedang melanda dunia kini. Semalam kami paparkan projek patung pintar Talking Statues dan beberapa minggu sebelum itu kami paparkan loket gambar pintar. Kegilaan memintarkan barangan biasa supaya boleh digunakan dengan peranti pintar kebanyakannya jatuh kedalam kategori merapu tetapi Braven Brv-Bank ialah projek pemintaran yang kami rasakan menarik.

braven-brv-bank1

Braven BRV-Bank ialah power bank pintar dengan kapasiti 6000 mAh. Ianya pintar kerana anda boleh melihat tahap simpanan bateri power bank ini dengan menggunakan aplikasi khas secara Bluetooth. Melalui aplikasi yang sama anda boleh memulakan serta mematikan proses pengecasan mengikut kehendak anda. Sebagai contoh anda boleh menetapkan Braven BRV-Bank untuk mula mengecas apabila tahap bateri peranti berkurangan ke 40%. Melalui aplikasi yang sama anda boleh mengesan kedudukan power bank sekiranya ianya hilang, Akhir sekali power bank ini tahan lasak dengan ketahanan IPX5. Ia mampu mengecas dua peranti serentak dan didatangi dengan aksesori lampu USB yang membolehkan ia juga berubah menjadi sebuah lampu suluh. Ini sememangnya power bank pintar sebenar kerana ia mampu melakukan pelbagai fungsi selain mengecas peranti anda. Pada harga jualan RM 423 sebuah ianya agak mahal tetapi kami rasakan berbaloi dengan kepelbagaian fungsinya.

braven-brv-bank2


TIPS & ULASAN