Hudl2 : Tablet Android Daripada Tesco

Hudl2 : Tablet Android Daripada Tesco

Diterbitkan pada Okt 13, 2014 oleh .

Setiap dua minggu sekali kami akan ke pasaraya Tesco untuk membeli barang keperluan rumah. Kami ke Tesco kerana barangannya dijual pada harga yang lebih murah dari kedai runcit Ah Lim yang terletak berhampiran rumah kami. Penjimatan perlu dilakukan kerana harga barang yang semakin meningkat menyebabkan kami perlu mengikat perut, duodenum dan pankreas kami untuk kekal hidup. Di Malaysia Tesco bukanlah jenama yang kita kaitkan dengan peranti pintar tetapi di United Kingdom mereka sudahpun menghasilkan tablet mereka sendiri. Tesco Hudl2 ialah tablet Android kedua mereka selepas Hudl yang berjaya dijual sebanyak 750 000 unit tahun lalu. Ia mempunyai skrin  IPS LCD 8.3 Inci HD Penuh, diperkasakan pemproses 1.83 GHz empat teras Intel Atom, RAM 2GB, muatan dalam 16 GB dan kamera utama sebesar 5 Megapixel. Terdapat 8 pilihan warna dan setiap peranti mempunyai aplikasi terbina mengawal penggunaannya oleh kanak-kanak. Harga jualan ialah 129 Pound ataupun bersamaan dengan separuh harga iPad Mini di United Kingdom. Dengan penggunaan kad ahli Tesco ianya boleh dimiliki pada harga serendah 65 pound sahaja.  Buat masa ini tiada perancangan oleh Tesco untuk menjual tablet ini di luar United Kingdom. Kalau dijual di pasaran tempatan pasti mendapat sambutan yang menggalakkan kerana harga yang berpatutan dengan spesifikasi kelas pertengahan yang amat baik.

Tesco-Hudl2

 


TIPS & ULASAN