Xiaomi sedia mempunyai penawaran beberapa peranti selain daripada telefon pintar dan tablet – dimana ia meliputi televisyen, penghala dan sebagainya. Terkini, mereka dilihat terus menambah beberapa produk baru lagi dibawah portfolio mereka – memfokuskan lebih kepada rumah pintar.
Sebanyak empat produk baru ditambah baru-baru ini dibawah penawaran mereka, iaitu Ants Smart Webcam, Mi Smart Power Plug, Yeelight Smart Lightbulb, dan juga Mi Smart Remote Centre.
Ants Smart Webcam merupakan webcam daripada pihak Xiaomi, yang mana hadir dengan kebolehan panggilan video pada resolusi 720p, sokongan panggilan suara dua-arah yang jelas, disamping membawakan lensa luas untuk membolehkan anda membuat panggilan menggunakannya dengan lebih dari seseorang pada sesuatu masa. Disamping itu, pengguna juga turut boleh menggunakan Ants Smart Webcam ini sebagai CCTV untuk rumah dan memantaunya menggunakan aplikasi khusus.
Mi Smart Power Plug pula adalah plug kuasa daripada Xiaomi, yang mana turut hadir dengan sokongan ruangan USB (untuk pengecasan peranti mudah-alih), selain mana pengguna turut boleh menetapkan masa untuk mematikan kuasa, dan mengawalnya menggunakan alat kawalan.
Yeelight Smart Lightbulb pula merupakan mentol pintar daripada Xiaomi, dimana pengguna boleh mengawal keterangan cahaya dan juga warna lampu yang diingini pada mentol ini. Untuk makluman, Yeelight merupakan sebuah syarikat berasingan di China, dan mungkin Xiaomi bekerjasama dalam membawakan peranti ini.
Dan akhir sekali Mi Smart Remote Centre yang mana merupakan pusat kawalan yang boleh digunakan untuk anda menghubungkan semua peranti kepadanya, dan seterusnya mengawal perkakasan seperti televisyen, penghawa dingin dan sebagainya menggunakan ia.
Buat masa ini, kesemua peranti ini hanya diumumkan untuk pasaran China sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan diperluaskan ke pasaran global.