Carian
Contratados : Laman Ulasan Majikan Untuk Tenaga Kerja Asing
October 13, 2014 Effi Saharudin

Statistik tahun lalu menunjukkan terdapat 1.3 Juta tenaga kerja asing berdaftar yang mencari rezeki di Malaysia. Kehadiran tenaga kerja asing ini mungkin tidak disenangi beberapa pihak tetapi adalah perlu bagi memastikan industri negara dapat berjalan dengan lancar. Kos mendapatkan perkhidmatan mereka adalah rendah dan sekaligus memastikan keuntungan maksimum buat majikan. Malangnya setiap tahun kita akan mendengar kes tenaga kerja asing didera oleh majikan seperti Nirmala Bonat. Ribuan lagi ditipu oleh ejen yang menjanjikan gaji yang lumayan dan apabila tiba di Malaysia menyedari gaji mereka dipotong setiap bulan sebagai “bayaran pemprosesan”. Terdapat juga pekerja asing yang dijanjikan kerja A tetapi diberikan pula kerja C. Inilah sebab mengapa anda boleh menemui pekerja warga Bangladesh yang mempunyai ijazah bekerja sebagai penjaga stesen minyak. Mereka ditipu dan terpaksa juga bekerja kerana sudahpun berbelanja besar untuk datang ke Suvarnabhumi .

Di Mexico masalah eksploitasi juga berlaku kepada rakyatnya  yang datang ke Amerika Syarikat sebagai tenaga kerja asing. Penipuan kerja ini menyebabkan laman Contratados dihasilkan bagi memudahkan bakal bekerja melakukan carian dan melihat sama ada tempat kerja yang ditawarkan adalah benar. Setiap majikan akan menerima ulasan dari tenaga kerja asing yang pernah berkhidmat di bawah mereka. Selain majikan ajen menari kerja juga disenaraikan dan diberikan penilaian. selain menjadi laman menilai majikan dan ejen, Contratados juga menyediakan bantuan untuk mangsa penipuan mendapatkan bantuan pampasan. Melalui laman ini pengelola Contratados berharap masalah penipuan oleh majikan dan ejen dapat dihapuskan di masa hadapan.

Isu penipuan tenaga kerja asing ini sangat peribadi bagi kami kerana moyang kami adalah emigran dari negara jiran. Mereka datang ke Tanah Melayu sebelum merdeka untuk mencari rezeki. Pelbagai kisah kami dengar tentang keperitan hidup mereka ditipu oleh warga tempatan. Kerana pengorbanan mereka kami kini menjadi rakyat Malaysia. Apabila terdengar kisah warga asing menjadi mangsa deraan dan penipuan kami teringat kisah moyang kami. Jadi janganlah kita berlaku zalim kepada tenaga kerja asing. Mereka juga manusia yang cuba mendapatkan rezeki yang halal seperti warga Malaysia.

Contratados

Sumber Contradados

Komen