Carian
Anda Boleh Bermain Permainan “Dinasaur Lari” Di Chrome Sekiranya Tiada Akses Internet
October 13, 2014 Aman

Dengan pelayar web menjadi salah satu instrumen utama untuk kegunaan harian, Google dilihat ingin menjadikan ianya menarik, walaupun ketika tiada akses internet.

Chrome Dinasaur

Melalui Google Chrome, kini berbanding dengan hanya memaparkan mesej tidak dapat menghubungi ke talian internet, pihak Google turut menyertakan sebuah permainan berbentuk endless-runner pada halaman tersebut, supaya pengguna tidak bosan menantikan akses internet kembali.

Permainan ringkas tersebut membawakan watak dinasaur yang berlari, dan pengguna perlu mengelak halangan dengan ketik pada anak panah atas pada papan kekunci.

Fungsi ini telah disediakan oleh Google sejak beberapa versi Chrome yang lepas, dan pengguna pelayar web Chrome di desktop, tidak kira Windows, Mac atau Linux boleh menggunakannya ketika ketiadaan akses internet.

  • Dikemaskini : Buat masa ini ia hanya menyokong Chrome saluran pembangun sahaja (Chrome Dev).
Komen