Berita yang agak mendukacitakan untuk para peminat produk Apple, terutamanya iPhone. Terkini, Apple telah mengeluarkan senarai negara yang akan menerima iPhone 6 dan iPhone 6 Plus pada bulan ini, dan agak mendukacitakan memandangkan Malaysia tidak tersenarai padanya buat masa ini.
Daripada negara yang disenaraikan, antara negara yang bakal menerimanya pada bulan ini adalah termasuk China, India, dan juga negara jiran kita, Thailand.
iPhone 6 telah mula dijual sejak sebulan yang lepas, dimana ia hadir dalam dua variasi saiz, iaitu iPhone 6 pada saiz 4.7-inci, sementara iPhone 6 Plus pada saiz 5.5-inci. Ia turut dilengkapi dengan cip pemprosesan A8, selain turut menyertakan beberapa penambah-baikkan, termasuk pada bahagian kamera, dan dijana menggunakan sistem operasi iOS8.
Dengan Malaysia yang tidak tersenarai pada fasa ketiga ini, mungkin bagi peminat Apple, anda perlu nantikan ia sehingga November atau Disember untuk membelinya secara rasmi di Malaysia.