ROTO – Permainan Menguji Minda Yang Menarik Untuk Pengguna Android

ROTO – Permainan Menguji Minda Yang Menarik Untuk Pengguna Android

Diterbitkan pada Okt 13, 2014 oleh .

Weraku Games merupakan salah satu penerbit permainan mudah-alih tempatan, dan terkini ia dilihat mereka menawarkan salah satu permainan yang menarik untuk dimainkan pada peranti mudah-alih, dinamakan sebagai ROTO.

ROTO merupakan salah satu permainan berbentuk puzzle yang menguji minda, dimana pengguna perlu membawa sebuah bebola kecil ke penghujung permainan dengan tap pada skrin. Bebola kecil tersebut memaparkan anak panah arah yang ia akan tuju, dan pengguna perlu mengawal ia dan mengelak daripada pelbagai halangan sebelum berjaya membawa ia ke bahagian akhir. Dalam pada itu, pengguna perlu mengumpulkan bintang yang berfungsi sebagai mata yang dipungut oleh pemain.

ROTO Weraku

ROTO Weraku

ROTO Weraku

ROTO Weraku

Bagi kami, ia membawakan cara permainan yang unik, dan rekabentuk yang amat minimalis berbanding kebanyakkan permainan lain di pasaran.

Permainan ini boleh dikatakan agak ketagih untuk dimainkan, dan pembangunnya menyediakan lebih daripada 80 tahap kesukaran berbeza untuk dimainkan – dimana permainan semakin sukar dan pengguna perlu memikirkan pelbagai kaedah kreatif sebelum berjaya menyelesaikan sesuatu tahap.

Bagi pengguna Android, anda boleh memuat-turun permainan ini secara percuma dan memainkan ia pada peranti anda. Permainan ini turut hadir dengan sokongan iklan, yang mana kami rasakan tidak begitu menganggu permainan. Pengguna yang berminat turut boleh memilih untuk membuang iklan dengan membuat pembelian-dalam-aplikasi pada harga RM3.50 melalui aplikasi berkenaan.

Muat-Turun ROTO : A Simple Circular Puzzle untuk Android


TIPS & ULASAN