Cangkerang Kalis Air Dan Tahan Lasak LunaTik Untuk iPhone 6

Cangkerang Kalis Air Dan Tahan Lasak LunaTik Untuk iPhone 6

Diterbitkan pada Okt 14, 2014 oleh .

Berita buruk semalam ialah Malaysia tidak akan menerima iPhone 6 pada bulan ini seperti yang dinantikan peminat Apple. Sebaliknya negara yang lebih penting seperti Malta, Reunion Island, Greenland, Slovenia dan Thailand akan terlebih dahulu menerima peranti boleh melentur Apple sebelum kita. Usah bersedih hati kerana sementara anda menanti iPhone 6 muncul di pasaran beberapa cangkerang yang menarik dihasilkan oleh pihak ketiga. Lunatik ialah pengeluar cangkerang peranti Apple yang terkenal tahan lasak. Jadi tidak mengejutkan mereka sekali lagi mengeluarkan cangkerang yang bukan sahaja kelihatan cantik malah dapat menyelamatkan peranti anda dari kerosakan teruk. Dua cangkerang baru diperkenalkan iaitu Taktik 360 dan Aquatik.

TAKTIK-360-and-AQUATIK--1

Taktik 360 ialah cangkerang tahan lasak dan kalis air yang diperbuat daripada aluminium dan kemasan bergetah tahan hentakan. Anda boleh menyelam sehingga 2 meter (IP68)  dengan cankerang ini tanpa risau peranti anda mengalami kerosakan. Walaupun ditutupi sepenuhnya oleh cangkerang Taktik 360, sistem Touch ID peranti ini masih boleh digunakan tanpa masalah. Aquatik pula ialah cangkerang dengan tepian getah yang bersaiz lebih kecil dari Taktik 360 tetapi masih memberikan kemampuan kalis air dan debu IP68.  Buat masa ini cangkerang hanya direka untuk iPhone 6. Versi iPhone 6 Plus hanya akan dihasilkan sekiranya terdapat permintaan dari pemilik.

Adakah anda tertarik dengan rekaan dua cangkerang ini. Sila lakukan pesanan anda kerana unit yang dijual adalah terhad dan mungkin hanya kan diterima Mac 2015. Pesan cangkerang terlebih dahulu sebelum membeli peranti sebagai motivasi diri.

TAKTIK-360-and-AQUATIK--2

 


TIPS & ULASAN