Shaftsbury Square Di Cyberjaya Kini Dilengkapi Dengan Sokongan iBeacon

Shaftsbury Square Di Cyberjaya Kini Dilengkapi Dengan Sokongan iBeacon

Diterbitkan pada Okt 13, 2014 oleh .

iBeacon merupakan salah satu teknologi dalam bangunan yang disediakan oleh Apple, dimana melaluinya ia menggunakan transmiter berkuasa rendah untuk mengenal-pasti pengguna peranti iOS7 dan seterusnya digunakan dalam memaparkan mesej berbentuk pemasaran dan promosi.

Beberapa lokasi terutamanya pasar raya di beberapa buah negara telah memperkenalkan sokongan untuknya, dan terkini ia turut mula digunakan di Malaysia. Terkini, Shaftsbury Square di Cyberjaya menjadi yang terawal melengkapkan bangunan mereka dengan sokongan iBeacon ini.

Sebanyak 85 beacon telah sedia terpasang pada Shaftsbury Square hari ini, dan ia dikatakan pemaju sebalik bangunannya, iKHASAS akan terus memperluaskan penggunaan teknologi iBeacon pada pelbagai bangunan dan hotel dibawah mereka.

Baucar iBeacon

Untuk menjayakan penggunaannya, pengguna perlulah mempunyai aplikasi Baucar terpasang terlebih dahulu, dan mereka akan diperlihatkan dengan promosi semasa daripada kedai-kedai berdekatan dalam bangunan terus ke peranti iOS7 (dan terkini).

Muat-Turun Baucar untuk iOS


TIPS & ULASAN