Pengguna Mac OS X? Mailbox Beta Kini Sedia Digunakan Oleh Anda, Tidak Lagi Memerlukan Jemputan

Pengguna Mac OS X? Mailbox Beta Kini Sedia Digunakan Oleh Anda, Tidak Lagi Memerlukan Jemputan

Diterbitkan pada Okt 14, 2014 oleh .

Dropbox pada beberapa minggu yang lepas telah memperkenalkan klien emel mereka, Mailbox untuk Mac OS X. Namun, ketika itu, ia masih diuji dalam bentuk beta tertutup, dan pengguna memerlukan emel jemputan sebelum dapat mencubanya.

Hari ini, perkara tersebut berubah apabila pihak pembangunnya membuka versi beta tersebut kepada umum, sekaligus membolehkan semua pengguna Mac OS X seluruh dunia untuk memuat-turun dan menggunakannya.

Mailbox sebelum ini menjadi popular kerana konsep Inbox Zero dan sokongan pengarkiban emel dengan mudah pada aplikasi iPhone dan Android. Kini, melalui Mac OS X, mereka membawa aplikasi popular mereka ke arena desktop, dan menawarkan beberapa fungsi menarik bersama-sama dengannya.

Jika anda pengguna akaun emel GMail, anda mungkin boleh mencubanya hari ini, dan menggunakannya dalam menguruskan akaun emel anda.

Muat-Turun Mailbox Beta Untuk Mac OS X


TIPS & ULASAN