Cari @ Amanz

Beberapa bulan yang lepas, kami pernah berkongsi mengenai pihak Facebook yang sedang menguji sokongan sticker pada bahagian komen. Kini, nampaknya fungsi tersebut telah menamatkan fasa ujian, dan pihak Facebook secara rasminya mengumumkan pengenalan fungsi tersebut secara meluas kepada semua.

Facebook Comments

Menggunakan fungsi tersebut, pengguna boleh meninggalkan komen pada status rakan-rakan, Groups, dan Events. Untuk menggunakan Sticker, pengguna hanya perlu klik pada gambar emoticon yang dipaparkan pada ruangan untuk menaip komen, dan seterusnya memilih gambar sticker yang diinginkan.

Bagi anda yang menggunakan Facebook, boleh mencuba fungsi ini pada laman sosial terkemuka tersebut bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd