Cari @ Amanz

Google dijangka akan memperkenalkan Android L dan juga telefon pintar Nexus baru bersempena dengannya pada bulan ini. Beberapa info awal sedia mengatakan yang mana Nexus 6 akan menjadi phablet pertama dibawah keluarga Nexus, dan kini sebuah iklan awal daripada pihak Google dilihat tertiris ke arena web.

Melalui iklan tersebut, ia memberikan lebih petanda memperlihatkan Nexus 6 tersebut adalah sebuah phablet, dan akan menjadi telefon pintar terbesar dibawah keluarga Nexus.

Mengikut desas-desus sebelum ini, Motorola dijangka akan mengeluarkannya, dan ia akan dilengkapi dengan skrin bersaiz sekitar 5.9-inci.

Google menekankan slogan “semua jenis telefon untuk semua orang”, yang mana sedia menekankan ekosistem Android hari ini.

Jadi, apa kata anda mengenai iklan baru Android ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd