Vertu Untuk Bentley Diperkenalkan Dengan Tanda Harga Mencapai RM50,000

Vertu Untuk Bentley Diperkenalkan Dengan Tanda Harga Mencapai RM50,000

Diterbitkan pada Okt 14, 2014 oleh .

Vertu dan pihak Bentley sebelum ini telah mengumumkan kerjasama selama lima tahun, dan hari ini ia dilihat telefon pintar pertama dibawah kerjasama tersebut hadir, dan telah pun diperkenalkan secara rasminya oleh pihak Vertu.

Vertu, seperti semua sedia maklum adalah jenama premium, dan menawarkan peranti mereka dengan bilangan yang terhad dan menyertakan beberapa ciri-ciri menarik.

Vertu Bentley

Vertu Bentley

Vertu untuk Bentley ini hadir dengan skrin bersaiz 4.7-inci dengan paparan 1080p berasaskan kepada skrin Sapphire Crystal, cip pemprosesan Snapdragon 801 2.3Ghz, kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, dan dilengkapi sokongan rangkaian LTE dan Android 4.4 KitKat.

Pihak Vertu mengatakan ia membawakan rekaan beberapa bahagian berasaskan kepada kenderaan Bentley, termasuk dari segi rekaan skru dan sebagainya. Ia juga membawakan rekaan berasaskan kulit yang disiapkan berasaskan tangan – sekaligus menjadikan setiap rekaan peranti mungkin membawakan sedikit perbezaan yang kecil.

Vertu Bentley

Peranti yang hanya akan dipasarkan sebanyak 2000 unit sahaja ini turut hadir dengan beberapa audio khusus yang disediakan dengan kerjasama pihak London Symphony Orchestra, dan pihak Vertu turut menyertakan sokongan Concierge selama 24 jam untuk 12 bulan, dan beberapa kandungan khusus daripada Bentley.

Seperti biasa, peranti ini turut menyertakan harga yang amat premium, dimana ia ditawarkan pada harga €12,500, yang mana hampir kepada RM52,000.


TIPS & ULASAN