Cari @ Amanz

Video permesejan sehingga 42 saat, dipadam selepas dua mingguSkype sedia popular dengan fungsi panggilan video mereka, dan kini mereka melangkah setapak kehadapan dengan memperkenalkan sebuah aplikasi khusus memfokuskan kepada fungsi permesejan video. Aplikasi baru ini memfokuskan pengguna peranti mudah-alih, dan ditawarkan untuk Android, iOS serta Windows Phone.

Menggunakan aplikasi ini, ia menggunakan nombor telefon untuk pendaftaran (lebih kurang menyerupai WhatsApp, WeChat dan lain-lain). Perkara ini sekaligus menjadikan anda memerlukan rakan lain yang turut mempunyai Skype Qik terpasang terlebih dahulu sebelum dapat menggunakannya.

Skype Qik

Memasuki halaman utama, anda akan diperlihatkan dengan skrin untuk merakamkan video anda dan menghantarnya kepada rakan anda yang lain di Skype Qik. Secara default, kamera hadapan diaktifkan, tetapi pengguna boleh mengubahnya kepada kamera belakang dengan mudah.

Pengguna turut boleh membuat penghantaran video kepada sekumpulan pengguna ataupun seseorang individu menggunakannya. Sebaik sahaja pengguna lain menerima video anda, mereka turut boleh memberikan respon menggunakan video, ataupun turut memilih fungsi Qik Flip, dimana ia membolehkan anda merakamkan beberapa video awal dan menghantarnya ketika anda tidak boleh memberikan respon.

Buat masa ini, memandangkan tiada sesiapa yang lain pada Skype Qik saya, maka ujian lanjut tidak boleh dijalankan. Namun, bagi kami mungkin ia sesuatu yang menarik untuk digunakan sekiranya lebih ramai menyertainya – dan untuk tujuan ini, Microsoft melalui Skype mungkin perlu memainkan peranana dengan mempromosinya dengan meluas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd