Gambar Tertiris Hadir Memperlihatkan Nexus 6 Dengan Jelas

Gambar Tertiris Hadir Memperlihatkan Nexus 6 Dengan Jelas

Diterbitkan pada Okt 14, 2014 oleh .

Telefon pintar Nexus 6 merupakan salah satu telefon pintar yang dinantikan ramai peminat Android seluruh dunia. Ia telah diperkatakan yang mana peranti ini bakal dikeluarkan oleh pihak Motorola, dan beberapa gambar telah tertiris sebelum ini memperlihatkan rekaan peranti tersebut secara kasar.

Motorola Nexus 6

Terkini, @evleaks yang sedia popular dengan beberapa ketirisan gambar peranti sebelum ini, telah menerbitkan sebuah gambar baru yang dikatakan sebagai telefon Nexus baru.

Peranti ini dikatakan akan membawakan saiz skrin 5.9-inci, dan daripada gambar tertiris, ia memperlihatkan yang mana ia turut akan dilengkapi dengan dwi-speaker pada bahagian hadapan.

Seperti pengenalan pelbagai peranti Nexus, telefon pintar Nexus 6 ini dijangka akan diperkenalkan bersama-sama pelancaran Android L kelak.

Buat masa ini, Google masih belum berkongsi tarikh pelancarannya. Kita mungkin akan mendengar lebih lanjut mengenai peranti ini pada pelancaran rasminya kelak.

Motorola Nexus 6


TIPS & ULASAN