Pengguna iPhone Kini Boleh Mengikuti Kemaskini Skor Bola Sepak Pada Pusat Notifikasi

Pengguna iPhone Kini Boleh Mengikuti Kemaskini Skor Bola Sepak Pada Pusat Notifikasi

Diterbitkan pada Okt 15, 2014 oleh .

Beberapa hari yang lepas, salah seorang pembaca telah berkongsi mengenai aplikasi Forza Football yang memfokuskan kepada kemaskini berkaitan bola-sepak pada peranti mudah-alih. Terkini, pembangunnya telah memperkenalkan kemaskini untuk versi iOS8, membolehkan pengguna mengikuti kemaskini dari pada talam notifikasi.

Forza

Melalui kemaskini yang diperkenalkan hari ini, ia menyertakan sokongan widget pada aplikasi iOS. Fungsi widget telah diperkenalkan oleh Apple melalui iOS8, dan ia dilihat pembangun Forza mengimplementasikan sokongan tersebut pada aplikasi mereka ini.

Ia sekaligus membolehkan anda melihat pelbagai kemaskini, termasuk jaringan gol dan masa gol dijaringkan pada talam notifikasi – tanpa perlu membuka aplikasi tersebut sendiri.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Forza Football untuk iPhone atau iPad anda, dan mengikuti pelbagai kemaskini melaluinya.

Muat-Turun Forza Football untuk iOS


TIPS & ULASAN