Humble Bundle Dan Mozilla Menawarkan Permainan Yang Boleh Dimainkan Terus Pada Pelayar Web

Humble Bundle Dan Mozilla Menawarkan Permainan Yang Boleh Dimainkan Terus Pada Pelayar Web

Diterbitkan pada Okt 15, 2014 oleh .

Bagi para pengemar permainan video, mungkin anda mengenali akan perkhidmatan Humble Bundle, dimana mereka menawarkan permainan indie dan juga daripada pelbagai jenama terkemuka pada harga amat rendah. Terkini, pada minggu ini mereka hadir dengan penawaran baru dinamakan Humble Mozilla Bundle.

Humble Mozilla Bundle

Seperti pada namanya, ia merupakan kerjasama dengan pihak Mozilla – yang sedia popular dengan pelayar web Firefox. Melalui penawaran baru ini, Humble Mozilla Bundle menawarkan permainan yang boleh dimainkan pada pelayar web untuk para pemain.

Perkara ini dijayakan dengan penggunaan Asm.js, sekaligus menjadikan sesuatu permainan boleh dijalankan pada pelayar web. Untuk memainkannya pada pelayar web, pengguna memerlukan Firefox 22 dan terkini, ataupun pelayar web Chrome 28 dan terkini.

Selain versi pelayar web, pihak Humble Bundle turut menawarkan versi Steam untuk setiap permainan yang dibeli.

Layari : Humble Mozilla Bundle


TIPS & ULASAN