Google Hadir Dengan Video Promosi Untuk Meneka Nama Android 5.0

Google Hadir Dengan Video Promosi Untuk Meneka Nama Android 5.0

Diterbitkan pada Okt 15, 2014 oleh .

Google hari ini telah menerbitkan sebuah video teaser ringkas untuk versi Android akan datang, dimana beberapa nama manisan berasaskan huruf “L” diperlihatkan pada video promosi yang diterbitkan mereka.

Atau Google langkah tiga huruf untuk menamakannya “Oreo”?Google sedia mengambil konsep menamakan versi Android mereka berasaskan kepada nama manisan yang sedia dikenali ramai, dan pada versi sebelum ini mereka telah bekerjasama dengan pihak KitKat untuk menamakan nama Android dan hadir dengan beberapa promosi khusus.

Beberapa desas-desus turut mengatakan Google mungkin memperkenalkan Android 5.0 ini kepada semua dalam tempoh lebih kurang 24 jam lagi.

Jadi, bagi anda, apakah nama yang dijangka akan diperkenalkan oleh Google untuk Android L ini?


TIPS & ULASAN