Adakah Samsung Dan Facebook Bakal Bekerjasama Untuk Telefon Pintar?

Adakah Samsung Dan Facebook Bakal Bekerjasama Untuk Telefon Pintar?

Diterbitkan pada Okt 15, 2014 oleh .

Facebook sebelum ini pernah bekerjasama dengan pihak HTC untuk membangunkan HTC First, salah satu telefon pintar yang hadir dengan Facebook Home terbina. Namun, peranti tersebut boleh dikatakan agak kurang berjaya, dan tidak mendapat sambutan daripada para pengguna.

HTC First

Selepas HTC First, kini desas-desus mengenai telefon pintar Facebook kembali semula, dan ia dikatakan Zuckerberg dan pihak Samsung telah bertemu untuk sebuah “projek futuristik”. Apakah peranti yang bakal hadir masih tidak diketahui, dan memandangkan Facebook sedang memfokuskan kepada negara-negara membangun sejak akhir-akhir ini, mungkin mereka inginkan sesuatu yang berkos rendah.

Ini boleh dikatakan bukan pertama kali kedua-dua syarikat bekerjasama, memandangkan pada bulan lepas, Samsung telah mengumumkan Gear VR – sebuah peranti dengan teknologi daripada Oculus, salah satu syarikat yang dimiliki Facebook.

Pada masa yang sama juga, ia boleh dikatakan yang mana berkemungkinan kedua-dua pihak mungkin juga bertemu untuk beberapa perkara lain – berkemungkinan dari segi kerjasama untuk menyertakan aplikasi, ataupun mungkin untuk hadir dengan sebuah produk baru yang berbeza.


TIPS & ULASAN