Cari @ Amanz

Facebook telah memperkenalkan sokongan meninggalkan komen menggunakan Sticker semalam, dan perkara ini membuatkan ramai pengguna spam ruangan komen rakan-rakan dan Group dengan menggunakannya.

Perkara ini mungkin tidak begitu digemari oleh pengguna yang lain, dan kini anda boleh menyembunyikan ia daripada dipaparkan pada komen status dan juga Group.

Untuk menyembunyikannya, anda perlulah terlebih dahulu memasang sebuah pemalam khas pada pelayar web anda, dimana pemalam yang dinamakan sebagai Unsticker.ME ini ditawarkan untuk Chrome dan juga Firefox.

Sebaik sahaja selesai memasangnya, pengguna tidak lagi akan melihat Sticker pada ruangan komen, sebaliknya ia digantikan dengan sebuah teks ringkas.

UnstickerME

Perkara ini mungkin akan menjadi sebuah penyelesaian ringkas untuk anda menyembunyikan paparan Sticker di ruangan komen Facebook – sehinggalah pihak Facebook sendiri membawakan sokongan untuk nyah-aktifkan fungsi komen menggunakan Sticker pada profil atau Group.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd