Carian
Jadual Kemaskini Android 4.4.4 Beberapa Peranti Samsung Tertiris
October 15, 2014 Effi Saharudin

Kemas kini kepada sistem operasi Android terkini adalah mudah bagi pengguna Nexus. Tetapi sekiranya anda tidak memiliki peranti ini anda akan sentiasa tertanya-tanya bilakah peranti anda akan menerimanya.  Jika anda membeli peranti kurang berjenama, kebarangkalian menerima kemas kini adalah seperti menanti kucing tumbuh sumbu. Hari ini ada sedikit berita baik buat pemilik peranti Samsung. Beberapa jadual kemas kini Android 4.4.4 peranti yang dihasilkan mereka tertiris ke arena web. Berita baik kepada pemilik Galaxy S5 kerana ianya akan hadir bulan ini. Kepada peranti lain seperti Galaxy S4 kemas kini dijangka hadir bulan hadapan. Setakat ini hanya terdapat 13 peranti di dalam senarai penerima Android 4.4.4. Tidak diketahui sama ada peranti diluar dari senarai ini juga akan menerima kemas kini di masa hadapan.

android-4.4.4-roadmap22

Sumber JustAboutPhones

 

Komen