Aplikasi Permesejan LINE Diperkenalkan Untuk iPad

Aplikasi Permesejan LINE Diperkenalkan Untuk iPad

Diterbitkan pada Okt 15, 2014 oleh .

LINE iPadLINE merupakan salah satu perkhidmatan permesejan popular di Malaysia, dimana ia telah ditawarkan dalam bentuk aplikasi untuk peranti mudah-alih, selain klien desktop yang turut disediakan untuk penggunanya. Kini, mereka turut menambah penawaran mereka, dan telah melancarkan aplikasi iPad secara rasminya.

Menggunakan aplikasi LINE, pengguna boleh menggunakannya untuk menghantar dan menerima mesej pada skrin yang lebih besar, disamping ia turut sync antara peranti sedia ada – sama ada telefon atau PC.

Apa pun, untuk menggunakan LINE pada iPad, pengguna terlebih dahulu perlu membuat akaun menggunakan telefon pintar mereka, dan seterusnya menghubungkan ia melalui iPad ini. Beberapa fungsi seperti Sticker Shop, panggilan video dan juga panggilan audio masih tidak disokong buat masa ini.

Jika anda berminat, dan menggunakan iPad 2 atau yang terkini, menjalankan iOS7 (atau iOS8), boleh memuat-turun dan menggunakannya hari ini.

Muat-Turun LINE untuk iPad


TIPS & ULASAN