Opera hari ini telah mengemaskini pelayar web desktop mereka untuk Windows, Mac dan Linux, dimana melallui Opera 25, ia hadir dengan fungsi bookmark yang membolehkan pengguna menyimpan pelbagai pautan web dalam bentuk yang kemas.
Fungsi baru ini dinamakan sebagai “Visual Bookmark” oleh Opera, dimana ia memaparkan setiap pautan yang disimpan dengan sebuah paparan gambar kecil, dan nama halaman web, serta pautan pada bahagian bawahnya.
Pengguna turut boleh menguruskannya dalam bentuk folder, selain Opera turut bakal menyertakan sokongan perkongsian bookmark tidak lama lagi ke pelayar web mereka.
Bagi pengguna yang berminat, anda boleh memuat-turun Opera 25 hari ini untuk desktop, dan menggunakannya dalam pelayaran web dan pengurusan bookmark anda.