Android 5.0 Akan Dikenali Dengan Nama Lolipop

Diterbitkan pada Okt 16, 2014. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setelah pelbagai teka-teki, hari ini pihak Google secara rasminya telah memperkenalkan nama rasmi untuk Android 5.0, yang mana ia akan dikenali dengan nama Android Lolipop.

Android Lolipop

Android Lolipop menyertakan pelbagai pembaharuan, termasuk dari segi antaramuka yang memfokuskan antaramuka selari pada pelbagai saiz peranti dan web. Android 5.0 Lolipop juga hadir dengan beberapa fungsi tambahan lain, termasuk Battery Saving Mode untuk membolehkan masa penggunaan bateri dipanjangkan, sokongan guest mode, fungsi multi-akaun pengguna, paparan notifikasi pada lockscreen dan beberapa yang lain.

Nexus

Android 5.0 Lolipop akan hadir terbina pada Nexus 9 dan Nexus 6, sementara Nexus 4, Nexus 5, Nexus 7 dan Nexus 10 akan menerimanya dalam beberapa minggu lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami