Cari @ Amanz

Bersama-sama pengumuman Android 5.0 Lolipop, pihak Google turut sama telah memperkenalkan telefon pintar bersaiz phablet pertama dibawah keluarga Nexus, iaitu Nexus 6.

Nexus 6

Nexus 6 dibangunkan bersama-sama pihak Motorola, dimana ia hadir dengan bingkai berasaskan aluminium, skrin bersaiz 6-inci dengan paparan Quad HD, dan kamera belakang 13-megapixel.

Peranti ini turut dilengkapi dengan sokongan dwi-speaker pada bahagian hadapan untuk membolehkan anda menikmati media dan permainan dengan lebih menarik.

Peranti ini turut hadir dengan sokongan pengecasan pantas dinamakan sebagai Turbo Charger, yang mana membolehkan pengecasan selama 15 minit dilakukan untuk penggunaan selama lebih kurang 6 jam.

Nexus 6 akan ditawarkan bermula di Amerika Syarikat pada penghujung Oktober ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd