Selain pengenalan telefon pintar Nexus baru, pihak Google turut mengumumkan sebuah tablet Nexus baru bersaiz 8.9-inci yang mana dibangunkan bersama-sama pihak HTC.
Pihak Google mengatakan ia hadir dengan rekaan yang mesra untuk dipegang dengan sebelah tangan, dan amat ringan serta membawakan bahagian kerangka tepi yang nipis.
Nexus 9 ini hadir dengan cip pemprosesan 64-bit, serta dilengkapi dengan sokongan HTC BoomSound – yang mana membawakan dwi-speaker pada bahagian hadapan.
Beberapa aksesori turut disediakan, termasuk sebuah papan kekunci yang boleh disambungkan secara magnetik pada Nexus 9 ini, sekaligus memudahkan lagi anda membuat tugasan kerja menggunakannya.
Dari segi spesifikasi, ia menyertakan skrin 8.9-inci IPS LCD, bateri berkapasiti 6700mAh, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 1.6-megapixel, dan cip 64-bit NVIDIA Tegra K1 2.3Ghz.
Pra-tempahan akan dibuka untuk pengguna di Amerika Syarikat bermula 17 Oktober ini, dan ia akan mula dijual bermula 3 November kelak di Amerika Syarikat.
http://www.youtube.com/watch?v=yYHY3MFiq1o