Cari @ Amanz

Android 5.0 Lolipop sedia dioptimasikan untuk pelbagai jenis saiz skrin, dan turut hadir dalam variasi Android TV memfokuskan kepada skrin di ruang tamu. Melengkapkan pengenalannya, pihak Google turut mengumumkan Nexus Player yang akan dikeluarkan oleh Asus.

Melalui Nexus Player ini, pengguna boleh mengakses kepada filem, muzik, video, dan pada masa yang sama turut menggunakannya untuk memainkan permainan Android.

Asus Nexus Player

Pada masa yang sama, ia turut hadir dengan sokongan Cast, membolehkan pengguna menghantar kandungan daripada Chromecast, Android atau peranti iOS terus ke kaca televisyen anda.

Dari segi spesifikasi, ia dilengkapi cip Intel Atom 1.8Ghz, hadir dengan sokongan HDMI Out, dan turut dilengkapi dengan alat kawalan dengan input suara.

Untuk menggunakannya, pengguna perlu menghubungkan ia menggunakan HDMI ke kaca televisyen, selain turut menyambungkan ia kepada rangkaian internet menggunakan WiFi.

Nexus Player akan ditawarkan untuk pasaran Amerika Syarikat terlebih dahulu melalui pra-tempahan yang akan dimulakan pada 17 Oktober ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd