Carian
iPad Mini 3 Dan iPad Air 2 Disahkan Oleh Apple Melalui Panduan iOS8 Di iTunes
October 16, 2014 Aman

Apple bakal mengadakan acara pengumuman peranti baru mereka esok. Spekulasi ramai sedia mengatakan Apple bakal memperkenalkan iPad generasi baru, dan perkara tersebut seperti disahkan oleh Apple melalui panduan iPad untuk iOS8 yang dikemaskini hari ini.

iPad Baru 2014

Melalui paparan skrin yang diperlihatkan pada panduan tersebut, Apple mengesahkan yang mana iPad Mini 3 dan iPad Air 2 bakal hadir dengan Touch ID.

Apple bakal memperkenalkan iPad Air 2 dan iPad Mini 3 mereka secara rasminya esok, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya esok.

Komen