Puls : Jam Tangan Pintar Oleh Will.I.Am

Puls : Jam Tangan Pintar Oleh Will.I.Am

Diterbitkan pada Okt 16, 2014 oleh .

puls-1

Will.I.Am ialah penyanyi kumpulan Black Eyed Peas yang terkenal dengan lagu menguji minda seperti Let’s Get Retarded dan Imma Be. Ramai yang mungkin tidak tahu Will.I.Am mempunyai latar belakang rekaan dan fesyen. Melalui syarikat I.Am+ beliau hari ini melancarkan Puls, sebuah jam tangan pintar yang mampu melakukan panggilan telefon. Puls ialah jam pintar Android yang diperkasakan pemproses Snapdragon, RAM 1 GB dan muatan dalaman 16 Gigabyte. Seperti Samsung Gear S, Puls boleh melakukan panggilan telefon secara terus kerana mempunyai slot SIM terbina. Spesifikasi penuh seperti kelajuan pemproses dan adakah ia menggunakan Android Wear masih belum dijelaskan oleh Will.I.Am. Apa yang diketahui setakat ini ialah Puls mengambil masa 2 tahun untuk dihasilkan oleh I.Am+ dan hanya akan memasuki pasaran pada July 2015.  Seperti majoriti jam pintar yang ada di pasaran, Puls juga boleh berfungsi sebagai penjejak kesihatan anda serta boleh digunakan untuk membaca emel anda. Adakah Puls mampu bersaing di pasaran? Kita nantikan sahaja tahun hadapan. Sebelum ini I.Am+ ada menghasilkan cangkerang kamera untuk peranti iPhone yang dijual pada harga yang tidak munasabah. Akibatnya ia gagal di pasaran.


TIPS & ULASAN