Cari @ Amanz

Celcom hari ini secara rasminya telah memperkenalkan pelan prabayar terbaru mereka, dinamakan sebagai “Internet of Xpax“. Seperti pada namanya, ia memfokuskan kepada penawaran internet, selain beberapa penawaran tambahan lain.

Melalui “Internet of Xpax”, pengguna akan ditawarkan dengan akses internet percuma selama 10 minit – sehingga 3 kali sehari. Apa pun, sekiranya pengguna menggunakan lebih daripada masa tawaran percuma, dan tidak mempunyai sebarang pelan langganan data, maka anda akan dikenakan caj sebanyak 50sen/50kb.

Untuk melanggan perkara tersebut, pelanggan “Internet of Xpax” perlu mendail *118#, dan kemudian memilih My Account>Freebies>Free Internet.

Xpax IOS

Selain daripada penawaran internet percuma ini, pihak Celcom turut menawarkan panggilan 10 saat pertama secara percuma kepada pelanggan “Internet of Xpax” yang dilakukan antara rangkaian Celcom yang sama. Pelanggan akan hanya dikenakan caj setelah membuat panggilan melangkaui lebih 10 saat, dimana caj yang dikenakan adalah sebanyak 33 sen untuk 10 minit. Untuk panggilan luar rangkaian pula, pengguna akan dikenakan caj sebanyak 33 sen untuk panggilan selama 3 minit.

Untuk SMS pula, “Internet of Xpax” menawarkan SMS pada harga 20 sen untuk 5 SMS yang boleh digunakan pada mana-mana rangkaian. Celcom mengatakan SMS pertama akan dicaj sebanyak 20 sen, sementara 4 SMS seterusnya akan menjadi percuma, dan ia hendaklah digunakan sebelum 11.59pm – dimana penawaran SMS ini akan di reset semula.

Dan akhir sekali, melalui pelan “Internet of Xpax”, pihak Celcom turut menawarkan permainan percuma, dimana pengguna boleh mendapatkannya dengan mendail *118#.

Untuk pelanggan sedia ada yang ingin mengubah kepada pelan “IOX” ini, anda boleh melakukannya dengan menghantar SMS “MIG XPAX” ke 28882. Caj sebanyak RM5 akan dikenakan untuknya. Pelanggan baru pula boleh mendapatkan kad-SIM baru pada harga RM8.50 dengan kredit RM5 yang didatangkan bersama.

Bagi kami sendiri, kami merasakan yang mana penawaran internet percuma untuk tempoh hanya 10 minit ini seperti tidak begitu menarik, berbanding dengan penawaran #Hotlink dengan akses internet percuma tanpa caj – walaupun pada kadar kelajuan yang rendah. Apa pun, mungkin penawaran internet percuma ini dapat membantu pengguna ketika dalam keadaan yang memerlukan, tanpa perlu untuk melanggan kepada sebarang pakej data.

Jadi, bagi anda, apa kata anda berkenaan dengan pelan “Internet of Xpax” ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd