Google Kini Memudahkan Lagi Anda Menterjemah Teks Pada Sesuatu Web Yang Dilayari Menggunakan Chrome

Google Kini Memudahkan Lagi Anda Menterjemah Teks Pada Sesuatu Web Yang Dilayari Menggunakan Chrome

Diterbitkan pada Okt 16, 2014 oleh .

Google TranslateGoogle sedia menawarkan pemalam khusus untuk Google Translate pada Chrome, dan hari ini mereka mengemaskini ia dengan fungsi membolehkan pengguna hanya membuat terjemahan untuk sebahagian teks sahaja pada sesuatu web.

Untuknya, pengguna hanya perlu highlight teks yang ingin diterjemah, dan seterusnya ia akan memperlihatkan sebuah ikon Google Translate untuk membolehkan anda terjemah teks tersebut. Fungsi ini mungkin amat berguna bagi anda yang tidak ingin terjemah keseluruhan web dan hanya ingin terjemah sebahagian teks sahaja.

Pada masa yang sama, pihak Google turut menyediakan tetapan, dimana pengguna boleh membuat tetapan automatik untuk Google terjemah teks secara automatik apabila anda highlight sesuatu teks di Chrome.

Muat-Turun Google Translate untuk Chrome


TIPS & ULASAN