Cari @ Amanz

Apple dikatakan bakal hadir dengan iPad generasi baru seperti iPad Air (generasi ke-2) dan iPad mini (generasi ke-3) pada acara pagi ini. Namun seperti biasa, siaran acara tersebut hanya dikhaskan untuk peranti Apple dan pengguna lain tidak dapat menontonnya secara langsung.

Satu cara paling mudah untuk menonton acara daripada Apple ini adalah dengan menukar “User Agent” pada pelayar web desktop Google Chrome atau Mozilla Firefox. Perkara ini secara kasarnya akan membuat laman web seolah-olah mengenal pasti pelayar web anda sebagai pelayar web lain. Bermakna, sekiranya anda sedang menggunakan Chrome, anda boleh menukar user agent kepada Safari untuk menjalankan siaran langsung acara Apple ini.

Bagi yang menggunakan Google Chrome, perkara ini dijayakan dengan memasang pemalam User-Agent Switcher yang boleh didapati pada halaman Chome Web Store. Selepas proses pemasangan, ikon pemalam ini akan berada pada sebelah butang “hamburger” yang hadir dengan sejumlah user agent pelayar web utama. Bagi membolehkan acara siaran langsung Apple ini berfungsi, klik pada ikon User-Agent Switcher > Select a User-Agent > iPad.

User Agent Chrome Cropped Fix

Bagi pengguna Firefox pula, perkara ini boleh diaktifkan dengan memasang User Agent Switcher yang boleh dimuat-turun pada laman Mozilla Add-ons. Untuk mengaktifkannya, pengguna Mozilla Firefox 29 dan ke atas perlu memaparkan Menu Bar terlebih dahulu dengan membuat right click pada ruangan title bar > Menu Bar. Kemudian, klik pada Tools > Default User Agent > iPhone 3.0.

User Agent Firefox Cropped

Di Malaysia, acara pelancaran iPad baru ini bakal berlangsung pada pukul 1 pagi dan seperti biasa, kami turut menyediakan kemaskini pada laman Twitter kami. Bagi pengguna yang ingin menontonnya, anda boleh ke halaman apple.com/live dan ikuti acara pelancaran ini pada PC anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd